assalamualaikum....
kemarahan
adalah salah satu sifat yang amat digemari oleh syaitan..justeru
itu,kita perlu mengawal rasa amarah kita..kadang-kadang kita tidak dapat
mengawal kemarahan kita sehinggalah kita melakukan sesuatu yang di luar
jangkaan kita..selepas itu barulah kita tersedar yang kita telah
melakukan sesuatu yang tidak elok(kesan drp kmarahn kita td).. saya juga
seperti anda semua..kita hanya insan biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan..jadi sama-sama lah kita beristiqamah dan bermuhasabah diri untuk mengawal sifat amarah ini..kita tidak mahu menjadi sahabat sejati kpd syaitan jadi di sini saya ingin kongsikan penawar kepada sifat amarah kita itu..
Kaedah mengawal kemarahan:
1. Menghiasi diri dengan sifat pemaaf
Di dalam al-Quran Allah SWT memuji orang-orang yang menahan kemarahan dan memaafkan orang lain:
"Iaitu
orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan
orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan
kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang
berbuat perkara-perkara Yang baik (Surah Al ‘Imran 3: 134)
subhanaAllah...
2. Mengelakkan Diri Dari Faktor-faktor Yang Menimbulkan Kemarahan
Kita
hendaklah mengenali diri kita terlebih dahulu. Apakah yang kita suka
dan apakah yang kita benci. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada
perkara yang kita benci agar tidak menimbulkan kemarahan. Sebagai
contohnya jika kita tidak suka kepada sesuatu tabiat merokok rakan kita,
kita hendaklah menyatakannya dengan penuh hikmah. Apabila rakan kita
memahaminya, dia akan cuba menghindari tabiat buruknya apabila bersama
kita.
3. Berdoa
Berdoa
merupakan langkah yang amat berkesan untuk mengelakkan diri kita mudah
rasa marah. Antara doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah:
Doa pertama:
اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيّهَا وَمَوْلاَهَا
Maksudnya: Ya
Allah berikanlah kekuatan jiwa padaku, sucikanlah jiwaku, Engkaulah
yang paling elok yang menyucikannya, Engkaulah walinya dan Engkaulah
tuannya.
Doa kedua (sebelum dan selepas tidur):
اللَّهُمَّ
عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّ
كُلِّ شَىْءٍ وَمَلِيكَهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَعُوذُ
بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِى وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ
Maksudnya: Ya
Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Mengetahui Perkara Yang Ghaib dan Nyata,
Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan Pemiliknya. Aku
bersaksi tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku Memohon dengan Engkau daripada
keburukan diriku dan daripada keburukan Syaitan serta sekutunya.
Doa yang kedua ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Bakr al-Siddiq r.a.
Kaedah Kedua: Meredakan Kemarahan
Apabila
timbul kemarahan dalam diri kita disebabkan faktor-faktor tertentu,
kita hendaklah cuba meredakannya. Antara kaedah yang boleh digunakan
untuk meredakan kemarahan ialah:
1. Mengambil wuduk
Sabda Rasulullah SAW:
إن الغضب من الشيطان وإن الشيطان خلق من النار وإنما تطفأ النار بالماء، فإذا غضب أحدكم فليتوضأ[i]
Maksudnya: Sesungguhnya
kemarahan itu datang daripada syaitan. Sesungguhnya syaitan itu
dijadikan daripada api. Hanya terpadam api itu dengan air. Maka jika
kamu merasa marah maka hendaklah kamu berwuduk.
2. Mengubah ke posisi yang lebih rendah
Seseorang
yang marah boleh meredakan kemarahannya dengan mengubah posisinya
kepada yang lebih rendah. Umpamanya jika dia dalam keadaan berdiri, dia
hendaklah duduk, dan jika dia dalam keadaan duduk, dia hendaklah
berbaring. Sabda Rasulullah SAW:
إذا غضب أحدكم وهو قائم فليجلس، فإن ذهب عنه الغضب، وإلا فليضطجع[ii]
Maksudnya: Jika
kamu merasa marah sedangkan kamu sedang berdiri hendaklah kamu duduk,
jika kemarahan itu hilang (maka tidak mengapa), jika tidak (juga reda
kemarahan itu) maka hendaklah kamu berbaring.
3. Mendiamkan diri
Sabda Rasulullah SAW:
إذا غضب أحدكم فليسكت[iii]
Maksudnya: Jika kamu merasa marah, maka diam (tidak berkata-kata).
Mendiamkan
diri adalah penawar yang mujarab kepada kemarahan. Ia akan memberi
ruang untuk kita berfikir sejenak dan membuat pertimbangan berdasarkan
akal bukan emosi. Jika seseorang itu melahirkan kemarahan dalam
kata-kata nista ia akan mengundang padah yang lebih parah. Emosi akan
menguasai diri, syaitan akan mencelah dan memainkan peranan yang membawa
kepada perseteruan yang berpanjangan.
4. Mengucap Isti’azah (A’uzubillah)
Diriwayatkan
bahawa pada suatu ketika dua lelaki bertengkar di sisi Rasulullah SAW.
Salah seorang yang merah mukanya mencela seorang lagi dengan penuh
kemarahan. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya aku akan mengajar
kamu satu kalimah yang jika dibacakannya akan hilang kemarahannya,
iaitulah bacaan (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم).[iv]
Ucapan
isti’azah ini hendaklah dilakukan dengan penuh rasa kebergantungan
kepada Allah dan memohon bantuannya daripada syaitan dan kuncu-kuncunya.
Firman Allah, Maksudnya: Jika
engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah
perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha
mengetahui (Surah al-A’raf 7: 200)
marah adalah salah satu sifat yang perlu kita elakkan..jika kita dalam keadaan marah tiada satu perkara pun yang kita lakukan dalam keadaan baik..justeru itu saya menyeru kepada rakan2 serta diri saya sendiri agar elakkan penyakit marah ini..sama2 la kita usahakan..insyaAllah...
rujukan drp http://www.ustazshauqi.com...
No comments:
Post a Comment