assalamualaikum...
alhamdulilah kita masih bernafas pada hari ini.hari ini saya ingin kongsikan tentang kesedihan..ada banyak perkara yang menyebabkan kita berasa sangat sedih antaranya gagal dalam peperiksaan, orang yang kita sayang telah pergi meninggalkan kita,kita rasa diri kita ini terlalu lemah dan sebagainya..perkara-perkara di atas adalah antara perkara yang boleh membuatkan kita berasa sedih.
kita kena ingat bahawa kesedihan itu juga datangnya daripada Allah swt...ia adalah satu ujian dan dugaan buat kita yang mengalaminya..jika kita mengalami kesedihan tiada cara lain yang boleh menenangkan kesedihan kita kecuali dengan kembali kepada pencipta kita iaitu Allah swt..selain itu kita juga boleh mengamalkan bacaan ayat2 suci al-quran jika kita dalam keadaan bersedih,tetapi jika kita tidak dapat melakukannya juga cuba lah ajarkan hati untuk berzikir dan menyebut nama Allah swt ketika bersedih...
insyaAllah..kesedihan kita itu akan menjadi kekuatan untuk kita teruskan hidup...dan sebagai manusia serta khalifah di bumi Allah swt ini..kita jangan sesekali terlampau melayani kesedihan kita itu..kerana jika kita terlampau melayani kesedihan itu bimbang ia akan memudaratkan diri kita sendiri..semoga Allah sentiasa bersama2 kita..saya dpt doa ni drpd iluvislam.com,doa jika kita berasa sedih...
"Allahumma, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku
berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung
pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.."
No comments:
Post a Comment